Pengikut

Rabu, Februari 21, 2018

PRINSIP taat pemerintah tidak goyah

Foto untuk hiasan
MENDAKWA sikap, pemikiran dan tindakan berdasarkan dalil alquran dan sunnah, pasti satu masa diduga Tuhan. Benarkah kita ada kekuatan, kesanggupan, ketahanan dan pengetahuan.

Para asatizah mengajarkan kepada kami supaya mentaati pemerintah bukan atas faktor rekod kestabilan negara dan ekonomi, tetapi perintah Allah dan rasul-Nya. Asatizah pun sekadar menyampaikan pemahaman ulama daripada kitab-kitab yg sarat dengan dalil alquran dan sunnah.

Oleh itu, kita penuntut ilmu juga sekadar menyambung pemahaman dan dalil yang diterima. Misalnya ayat 59 surah An-Nisa, itu merupaka dalil utama orang beriman wajib mentaati penerintah. Ayat 103 surah Ali Imran, larangan Allah kepada orang beriman berpecah dan berselisih pendapat. Maka apa yang sepatutnya terjadi?

Kami difahamkan orang beriman (muslim) mesti bersama pemerintah, tidak menjadi pengkritik atau pembangkang, sebab menjadi pembangkang pasti berada dalam saf kiri, jauh dengan saf pemerintah. Pasti berlaku keburukan atau fitnah (mala petaka) lain setelah pemisahan itu.

Reaksi daripada dasar ketaatan kepada pemerintah.

Pertama, golongan yang mendakwa ittiba as sunnah tidak menerima ketaatan kepada pemerintah atas sebab hak dalam negara demokrasi.  Sayangnya mereka tidak berhujah dengan dalil alquran dan sunnah untuk berdiri sebagai pengkritik dan pembangkang. Walhal selama ini mereka begitu kuat berdalilkan alquran dan as sunnah ketika menolak unsur bid'ah dalam ibadah umat.

Kedua, golongan yang memang tersedia dalam parti pembangkang yang mendakwa perjuangkan Islam, jelas menolak konsep ketaatan kepada pemerintah. Golongan blok politik ini lebih dahsyat melabrak orang yang mentaati pemerintah atas dalil naqli. Tentulah mereka memberi gelar buruk seperti 'pengampu, penjilat atau anjing pemerintah'.

Sayang sekali kedua-dua 'kumpulan Islam' ini tidak memusnahkan hujah dalil alquran dan sunnah yang dijadikan sandaran konsep ketaatan kepada pemerintah. Mereka hanya berlegar-legar pada hak dan peluang yang diberi dalam negara demokrasi.  Maka semua dalil alquran dan hadis-hadis bab ketaatan kepada pemerintah terus berdiri utuh tak disentuh oleh yang tidak menyetujuinya. Oleh itu, kumpulan yang berpegang kuat mentaati pemerintah tidak goyang pendirian asalnya. Malah ketika ada pihak 'sunnah' yang bertanya bagaimana mahu merapatkan ahli-ahli sunah yang bertelagah bab politik ini, jawabannya jelas ada dalam ayat 59 surah An Nisa, iaitu kembali kepada alquran dan sunah nabi. Semua menyerah diri kepada Allah dan rasul-Nya dan berlapang dada jika pamahamannya tidak sejalan dua sumber asal tadi. Sesiapa pun yang ikhlas kerna Allah, pasti meletakkan dirinya di bawah naungan alquran dan sunnah.

Inilah ujian besar kepada semua pihak yang berkata 'Islam itu membawa kesejahteraan' , 'Wasiat Rasulullah ialah menyeru umat berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul supaya tidak sesat hidup' dan 'jika berselisih kembali kepada Allah dan rasul-Nya'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan